Jumaat lepas rakan-rakan cikgu nak buat pot luck...cikgu fikir nak bawak apa lah ....nak order kuih or nasi lemak dah ada yang bawak....nasi lemak dapat tajaan lagi...terima kasih cikgu yati kerana sponsor nasi lemak aritu...akhirnya cikgu bawak la puding trifle...malam jumaat tu cikgu buat dan simpan dalam peti sejuk...buatnya pun senang ajer... tak susah....kawan-kawan cikgu kata sedap...itu yang kembang kuncup tu...kena puji...toi...toi...jadi rakan cikgu ninta agar cikgu kongsi resepi puding trifle ala-ala cikgu aton ni...hihihi..
Jom layan resepi... lepas ni boleh cuba...
PUDING TRIFLE
Bahan-bahan :
Kek swiss roll atau kek apa2 jer
1 tin fruit cocktail
Kristal jelly – jenama nona
1 tin susu cair + 1 tin air
+ 5 sudu gula ( kalau nak manis tambah gula lagi )
4 sudu tepung kastard – sukatan membukit
CARA MEMBUATNYA:
1 1. Potong
swiss roll anggaran 1.5cm tebal. Kemudian susunkan dalam acuan. Cikgu guna acuan bekas empat segi ajer..klau guna bekas kaca lagi cantik nanti nampak lapisannya. Kemudian tuang air fruit
cocktail ke atas swiss roll atau kek hingga lembab. Ketepikan dulu dan boleh
masak kastad dgn susu.
22. 1
tin susu cair + 1 tin air + gula di masak atas api . ( sambil tu bancuh 4 sudu
kastad dengan ½ tin air). Bila susu mendidih kecilkan api kemudian masukkan
bancuhan kastad. Kacau hingga menjadi likat. Kemudian tuang atas swiss roll yg
telah disusun.
33. Kemudian
taburkan fruit cocktail.
44. Masakan
air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih. Cikgu guna jelly perasa rasberry. Masukkan jelly
tersebut dalam air panas. Tunggu sejuk sedikit dan masih cair tuang atas
taburan fruit cocktail tadi.
55. Kemudian
masukkan dalam peti sejuk…lps tu boleh makan.
Cuba la buat...sedappp...
2 ulasan:
Salam...saya dh try yg cikgu buat..tp nape erk..can susah je nk potong..ksstad tu lembik...klu letak dlm mangkuk..okla.senang nk mkn trrus..klu letak dalam bekas besar nk kene potong kan..nape x keras2..huhuhu...
Post a Comment