Friday 27 April 2012

Pertandingan Melukis Poster 





Dah lama cikgu tak update blog cikgu ni...cerita banyak nak kongsi tapi masa tu agak terbatas...bagi tahun 2012 ni. ni la entry terbaru cikgu...lepas ni insyaallah cikgu cuba luangkan masa untuk jenguk blog cikgu ni...jom masuk...

Pada hari Selasa baru-baru ini, cikgu telah mengadakan pertandingan melukis poster bagi kelas 6 Cempaka. Bagi kelas 6 Kenanga pula pada hari Rabu. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti Program Nilam yang dianjurkan pihak sekolah cikgu. Program ini telah berlangsung selama sebulan iaitu sepanjang bulan April. Banyak aktiviti yang diadakan seperti membaca buku paling banyak, sudut bacaan dalam kelas, meneka bilangan buku dalam pusat sumber dan lain-lain lagi.
Tajuk poster yang telah diberikan oleh ketua panitia seni cikgu iaitu cikgu hayati ialah Membaca Jambatan Ilmu...Sepanjang pertandingan ini berlangsung cikgu perhatikan anak murid cikgu buat tak bersungguh-sungguh..main hentam kromo jer..diorang kata janji buat....eh boleh ke macam tu??? mana bolehkan....bagi cikgu kalau masuk sesuatu pertandingan tu mestilah buat bersungguh-sungguh...tapi ada jugak kalangan anak murid cikgu yang buat betul-betul.... seperti ....tak yah sebut la namanya nanti ada yang kecil hati...cikgu tahu-tahu sendiri sudahlah....
Jom kita layan gambar-gambar semasa pertandingan ini cikgu jalankan....

 geng murid perempuan kusyuk membuat poster

 adik ke kakak ni?? sedang membuat poster

 ikmal, fairuz dan hareez sedang mewarna poster yang dibuat

 ada gaya ..sbg seorang pelukis

 peacccc

  kawan-kawan ni lah hasil lukisan poster saya...cantik tak??

 tak siap lagi ke???

 Membaca jambatan ....

ezra dengan hasil lukisan posternya...

Untuk pemenang, cikgu dah serahkan poster yang boleh dipertimbangkan untuk menjadi pemenang...lukisan posternya pun dah cikgu serahkan kepada ketua panitia cikgu... kita tunggu sape pemenangnya....TUNGGGGU....

0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...