Friday 29 April 2011

CONTOH BAHAGIAN A - PENULISAN


CONTOH JAWAPAN PENULISAN – BAHAGIAN A 

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.

            

1.   .  1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.
2.    2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.
3.    3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.
4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.
5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.

Edit From: Asuhan Penulisan Lestari UPSR




CONTOH JAWAPAN PENULISAN – BAHAGIAN A 

Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar di bawah.

               
1.  Makcik Ummi sedang menjahit baju anaknya yang koyak di ruang tamu.
2.  Afiq sedang mengajar adiknya membaca buku cerita di ruang tamu sambil  diperhatikan oleh ayahnya.
3. Pakcik Azam membaca surat khabar yang baru dibeli untuk mengetahui berita terkini tentang negara.
4. Perabot di dalam rumah itu tersusun dengan kemas dan teratur.
5.  Keluarga ini kelihatan sangat bahagia dan harmoni.


KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID-MURID
1.  Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat, tanda koma, huruf besar permulaan ayat dan kata nama khas.
2.  Membina lebih daripada lima ayat.
3.  Membina lebih daripada satu ayat dalam satu nombor. 
Contoh : 1. Amin membeli ikan dan sayur di pasar. Amin membawa bakul untuk meletakkan barang-barang yang dibelinya.
     Jika ini berlaku, maka ayat ini akan dikira dan disemak. Dan sekiranya sudah mencukupi bilangan ayat, maka ayat yang seterusnya akan diabaikan.
4. Membina ayat tidak berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar.
5. Ayat yang dibina dan ditulis tidak menepati kehendak soalan. Sila pastikan sama ada arahan mengkehendaki calon membina ayat tentang aktiviti atau situasi. Jika tentang situasi, maka perlu memasukkan kata kerja dalam ayat yang dibina.





CUBA AMALKAN




Rahsia Pelajar Cemerlang 
1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Aamalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.
2.  Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1)
3.  Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam.
4.  Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa)
5.  Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4)
6.  Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin)
7.  Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar)
8.  Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula)
9.  Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan)
10.Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat)
11.Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi)
12.Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat)
13.Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat)
14.Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku)
15.Masa sebelum pulang (Lewatkan pulang buat kerja rumah)
16.Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir)
17.Masa berada dalam bas ( baca kad nota)
18.Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah)
19.Masa rehat selepas makan malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain)
20.Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
Selamat mencuba.....DAN amalkan..insyallah pasti ada kejayaan yang menanti kalian ..

Wednesday 27 April 2011

Terima kasih Syu..


Pertama kali menulis di dalam blog sendiri. Sebelum ni bukan tidak pernah membuat blog..pernah tapi membuatnya dalam kumpulan. Itu pun sebab tugasan yang perlu dihantar pada pensyarah. Buat dalam bahasa Inggeris lagi. Biru mata hitamku sekejap.
 Itu dulu...sekarang dah lupa cara nak buat .  Jadi hari ini berkesempatan belajar buat blog dengan adik yang cantik manis..SYUHADA..,juruteknik kami. Terima kasih Syu..sudi mengajar akak ni .


Berkobar-kobar nak buat blog sampai tak pandang assigment yang meronta-ronta untuk disiapkan. Tunggu sekejap..wahai assigment..ku pasti muncul juga dalam hidupmu selepas ni..TUNGGUUUUU

BAHAGIAN A – MEMBINA AYAT





BAHAGIAN A – MEMBINA AYAT

1.      1. Soalan bahagian A murid-murid perlu menulis atau membina 5 ayat sahaja seperti  kehendak soalan. Semasa menjawab bahagian ini masa yang dicadangkan ialah 15 minit     
     sahaja.

2.     2.  Ayat mestilah dibina berdasarkan bahan grafik yang diberi. Murid-murid dinasihatkan supaya tidak membina ayat yang tidak terdapat dalam gambar. 

3.       3.  Pelbagai bahan grafik yang yang diuji iaitu :
i.             gambar tunggal,
ii.            gambar bersiri
iii.          plan,
iv.           graf,
v.            jadual dan
vi.            peta

4.    4. Ayat yang dibina mestilah ringkas dan tepat serta mengandungi :
i.              subjek iaitu orang
ii.            predikat iaitu perlakuan atau aktiviti yang terdapat dalam gambar.

5.    5. Markah yang tinggi akan diberi bagi ayat yang gramatis dan tepat serta menepati bahan grafik. Markah yang diberikan untuk kepelbagaian kosa kata yang sesuai dengan bahan grafik dan ejaan, imbuhan serta tanda baca yang betul.



PANDUAN MUDAH MENJAWAB BAHAGIAN A

1. Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar (Siapa)
Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota polis,Seorang doktor......

2. Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan (apa)
Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,merawat,berbaris,memotong,membasuh......

3. Kenal pasti lokasi (di mana)
Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.....

4. Gunakan kata sifat jika sesuai.
Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.....

5. Gunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh: dan,sambil,lalu,kerana,supaya,untuk.....


CONTOH MEMBINA AYAT MUDAH:

1. Seorang murid lelaki sedang berbaris untuk membeli makanan di kantin.
2. Seorang lelaki sedang bersiar-siar di taman bunga.
3. Sekumpulan pelajar sedang duduk di bawah sepohon kayu yang rendang.

* Mungkin sesuai kepada sebahagian murid (lemah/sederhana).

BAHASA MELAYU - PENULISAN



Kertas Bahasa Melayu- Penulisan mempunyai tiga bahagian, iaitu:

         Bahagian A   -  10 markah
Bahagian  B   -  30 markah
Bahagain C    -  20 markah 
Maka, markah keseluruhan ialah  60 MARKAH.

Untuk menjawab kertas ini, murid-murid diperuntukkan masa selama 1 JAM 15 MINIT.

THANKS FOR STOPPING BY ...