Saturday 13 April 2013

ORIGaMi BuRUnG

Minggu ni cikgu aton mengajar PSV bertajuk Burung menggunakan Kaedah origami....murid-murid cikgu suka membuatnya sehinggalah menjadi sepohon pokok yang penuh dengan burung-burung origami,,jomm tengokkk....

Hasil kerja origami kumpulan Andrew, arif, danial dan izuan...Izuan kenapa pulak menyorok tu...maluuu...atau tak tolong kawann

Kumpulan Nabil, Thangarajo, Danny dan Amrinullah...masih belum banyak burungnya..tambah lagi

Aizad..hasil origami buat sendiri ...ahli lain mana Aizad...bagus aizad
.

Ini kumpulan yang mula2 siap..bagus..terdiri daripada farzana, farisha, saihirah dan darwisha

Yang ni plak kumpuan Mariam, hasmiza, ereena dan mastura..
 
Cara-cara hendak buat origami burung..ikut saja langkah  ni..pasti jadi
SELAMAT MENCUBA ....

Friday 12 April 2013

SElaMAt BErtUnang KaK YUYun

Sabtu lepas anak saudara cikgu iaitu anak saudara sebelah suami cikgu telah melangsungkan pertunangannya dengan jejaki pilihan hatinya...nama timangannya kak yuyun...nama tunangnya plak Nuzul Nazmee...pertunangan mereka berdua ni jugak tak lama..dalam sebulan dari sekarang perkahwinan mereka akan dilangsungkan..iaitu 24 & 25 Mei 2013...klau tak silap cikgu sama tarikh dengan tarikh lahir kak yuyun..ini dapat hadiah paling bermakna sempena ulang tahun kak yuyun yg ke berapa??? cikgu pun tak ingat...ramai sangat anak saudara sampai lupa ...SELAMAT  BERTUNANG KAK YUYUN....jangan selalu dating tau...nanti hilang seri pengantin...


Bergambar semasa majlis pertunangan kak yuyun


Beijing OH Beijing

Ahli rombongan bergambar di Dataran Istana Maharaja
Assalamualaikum semua..
....hai lama dah cikgu aton tak berblog...rindujugak ngan sawang lebah ni...pasti ada yag berkata..sekejap ada sekejap tak de macam biskut Chips More..Bukannya tak de bahan nak kongsi..ada.. tapi masa tidak mengizin untuk cikgu aton nak melawat sawang lebah ni..hihihi

Sebenarnya cikgu aton nak cerita bahawa cikgu aton dah pun sampai ke nergeri China..iaitu Beijing...PLan nak pegi negara ni dah dibuat sejak bulan November lagi..bila ada yang pelawa nak cari pakej cikgu pun ikut sekali..jadi cikgu aton pergi mengguna pakej dari syarikat travel SMR Holiday Sdn Bhd...yang diketuai oleh Puan Raihanah Suboh...adik kepada kawan cikgu jugak Cikgu Rashidah....service yang diberikan oleh travel agensi pn Raihanah ini memang bagus..memang cikgu puji...oleh itu sesiapa yang berminat untuk pergi melancong boleh contact beliau ditalian 03 -55137910... aik promote la plak...tapi apa salahnya..perkara baik..

biasa la cikgu aton pergi dengan kekawan kat sekolah cikgu mengajar..memang seronok pergi dengan kawan-kawan ni..macam-macam gelagat nanti dapat kita lihat...Cikgu aton pergi bersama famili cikgu...sape lagi kalau bukan cik abag cikgu n anak cikgu..

Cikgu pergi Beijing masa cuti sekolah pertengahan semester 1 baru-baru ni... 25 hingga 29 mac 2013..masa cikgu pergi dah nak habis musim sejuk...walaupun dah hujung musim..tapi masih sejuk..perjalanan dari KLIA memakan masa 6 jam lebih kurang...Cikgu pegi selama 5 hari...seronok???memang seronok..lain tempat yang kita lawati..lain pengalaman yang kita dapat saksikan dan alami...bagi yang berhajat nak berkunjung ke negeri China ..peegi la..pasti seronok...tapi sebelum tu cikgu nak ingatkan kalau ingin berkunjung ke Beijing cikgu nak bagi tau..jeng-jenggggg..macam suspen la pulak....bukan ada apa-apa pun..baca lah..

PERTAMA semasa membeli belah pastikan baki wang dipulangkan betul-betul duit mata wang YUan..sebab kekadang peniaga ni banyak yang menipu... jadi hati-hati...kalau tidak beri duit cukup-cukup dengan nilai harga barang yang dibeli...KEDUA semasa berjalan pastikan bawa botol mineral sebab tandas diorang ni tak ada paip dalam toilet..paip hanya ada di singki..jadi sebelum masuk toilet isi air dulu..kalau tak nanya je....hihihi....kalau ada nak berhajat besar tu paling baik semasa di hotel...faham-faham je lah...KETIGA jika membeli barangan pasti adakan tawar menawar sebab harga yang diletakkan pada sesuatu barangan tu mcm tak percaya ..tinggi melampau-lampau...jadi tawar sampai tinggal 20 %  pun tak pe...TAPI kena ingat billa dah tawar jangan pulak tak jadi beli..nanti pasti maki hamun akan kena kat kita balik...DAN kalau peniaga ni tak bagi harga tersebut kita beredar dari kedai tu tapi lepas tu pasti dia panggil balik..lps tu boleh la bayar....

Panjang pulak cikgu aton citer ni jom layan gambar cikgu dengan famili serta rakan cikgu...jommm

Ni lah tempat mula-mula cikgu pergi iaitu ...Istana Maharaja ..luas..dan ramai orang..

         

Di taman dalam Istana Maharaja ..
Yang ni di Tembok Besar China..Salah satu keajaiban dunia..memang indah..macam mana diorang ni bina tembok ni kan...panjang..
 
Terpegun tengok Tembok Besar China...aduhai tingginya..cikgu dapat lah naik sampai stage tiga je.ok gak tu...cik abang n afiq sampai atas dah..cikgu tak larat dah..gayattttt... nak turun takut 

            
Walau pun sikit jer salji..tapi nak gak rasa...maka dapat lah merasa di Tembok Besar China...mahal harganya tu.., 


Tembok Besar China 


        


Yang ni pulak di Summer Place ..tempat ni memang cantik dan tasiknya akan beku apabila musim sejuk...serta boleh bermain ski..


Di kilang sutera..kat sini banyak jual cadar dan baju sutera..tapi cikgu tak beli cadar...hanya ambil gambar kat cadar sutera..cikgu beli baju ela je..

Di kedai teh..tengok tu tehnya bertingkat-tingkat.. 
















                        

Di Kedai jade bersama dengan anak tokey jade
                      

Di Stadium Olimpik Beijing... Stadium merupakan tempat yang terakhir Cikgu lawati...sebelum tu pergi ke kedai jade...



Cikgu rasa cukup la gambar tu nak dilayan..sebenarnya banyak lagi...hihihi...memang seronok pergi ke Beijing...kalau berpeluang lagi...macam nak jelajah je balik...

SeMinar Motivasi 'Super Kids From Good To Great' MUrid TAhun 6

Salam semua...

Seminar motivasi  Super Kids From Good To Great untuk tahun ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah cikgu bersama dengan Konsultan Rebutia Training Event Sdn Bhd .... . Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Encik Syukri yang berbesar hati sponsor program ini demi kemajuan anak-anak didik cikgu ini. Syukran Encik Syukri...

Program ini telah berlangsung pada 4 April 2013 selama 1 hari sahaja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini juga telah diadakan di Bagan Lalang Beach Resort, Pantai Bagan Lalang. Saja cikgu buat di luar sekolah untuk memberi kelainan suasana agar apa yang akan disampaikan dapat terpahat di hati...sekali2 adakan program kat luar seronok jugak taklah boring..cikgu pun tak boring...

Antara orang kuat sepanjang program ini ialah abang long atau nama penuhnya Encik Saifol Adli dan Ustaz..Mereka turut dibantu oleh dua orang pembantu iaitu...Kedua-dua mereka dapat mengawal keadaan dengan baik...Murid-murid cikgu pun berminat untuk mengambil bahagian setiap aktiviti yang dilakukan. Malah ternanti aktiviti yang seterusnya....terima kasih kepada semua murid cikgu yang memberikan kerjasama sepanjang program ini berjalan...

Dan ketahui lah wahai anak-anak didik cikgu... Sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek malah kita perlu berusaha untuk mendapatkannya...jadi berusahalah walaubagaimana cara sekalipun...pasti kejayaan akan menjadi milik kamu...

Diharapkan dengan mengikuti program ini anak-anak didik cikgu dapat Turning Point untuk anak-anak didik cikgu cemerlang dalam UPSR yang akan diduduki pada hujung tahun nanti.

Ni lah encik Saiful Adli..atau dikenali sebagai abang long

Sedang bersoal jawab dengan murid-murid cikgu

Najieb kenapa tu...

Salah satu aktiviti yang dijalankan

Tekun.. menulis apa tu

Mari adik semua ..kita nyanyi sama-sama..

Kusyuk

Anas...dengar baik-baik pesanan abang long tu

                           

Senyummmm...cikgu marah pun kenan senyum tau...
 
Sebenarnya bukan sahaja aktiviti dalam dewan ..aktiviti di luar dewan turut diadakan...Opppss sory gambar aktiviti yang lain cikgu aton tak sempat nak ambil..




Saturday 19 January 2013

CePat-CePat SebeluM TeRlamBat

Air Asia buat promotion harga murah ke semua destinasi...promotion bermula 15 Januari hingga 20 Januari 2013...hanya tinggal 2 hari lagi ..apa lagi jom booking...mana nak pegi ya...jom melancong...





 
Marilah kita terbang bersama Air Asia... layari ...www.airasia.com/ 

Rindu Bertandang

Salam semua...

Baca tajuk macam best jer bunyi ..rindu pada sape la agaknya cikgu aton ni kan...rindu pada blog cikgu ni la yang sudah lama tak dijejaki...
   
lamanya cikgu tak jenguk blog cikgu ni.... banyak dah sarang labah-labah...tunggu cikgu vakum dulu ya..bagi clear xde sarang labah-labah lagi..hihihi...agaknya mood malas datang melanda ..mungkin juga cikgu sibuk dengan urusan kerja yang tidak abis2..hahaha..jangan mara..nanti kena jual ..

Rasanya belum terlambat cikgu nak ucapkan selamat tahun baru 2013 kepada semua anak murid cikgu .rakan-rakan cikgu..dan bagi semua yang mengenali diri cikgu ini...semoga kehadiran tahun baru 2013 akan memberikan sinar kebahagia buat kita semua...Azam yang lepas sudah tercapai ke??? Bagaimana pula dengan azam yang baru...





THANKS FOR STOPPING BY ...