Friday 12 April 2013

SeMinar Motivasi 'Super Kids From Good To Great' MUrid TAhun 6

Salam semua...

Seminar motivasi  Super Kids From Good To Great untuk tahun ini telah dianjurkan oleh pihak sekolah cikgu bersama dengan Konsultan Rebutia Training Event Sdn Bhd .... . Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada Encik Syukri yang berbesar hati sponsor program ini demi kemajuan anak-anak didik cikgu ini. Syukran Encik Syukri...

Program ini telah berlangsung pada 4 April 2013 selama 1 hari sahaja dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Program ini juga telah diadakan di Bagan Lalang Beach Resort, Pantai Bagan Lalang. Saja cikgu buat di luar sekolah untuk memberi kelainan suasana agar apa yang akan disampaikan dapat terpahat di hati...sekali2 adakan program kat luar seronok jugak taklah boring..cikgu pun tak boring...

Antara orang kuat sepanjang program ini ialah abang long atau nama penuhnya Encik Saifol Adli dan Ustaz..Mereka turut dibantu oleh dua orang pembantu iaitu...Kedua-dua mereka dapat mengawal keadaan dengan baik...Murid-murid cikgu pun berminat untuk mengambil bahagian setiap aktiviti yang dilakukan. Malah ternanti aktiviti yang seterusnya....terima kasih kepada semua murid cikgu yang memberikan kerjasama sepanjang program ini berjalan...

Dan ketahui lah wahai anak-anak didik cikgu... Sesuatu kejayaan itu tidak datang bergolek malah kita perlu berusaha untuk mendapatkannya...jadi berusahalah walaubagaimana cara sekalipun...pasti kejayaan akan menjadi milik kamu...

Diharapkan dengan mengikuti program ini anak-anak didik cikgu dapat Turning Point untuk anak-anak didik cikgu cemerlang dalam UPSR yang akan diduduki pada hujung tahun nanti.

Ni lah encik Saiful Adli..atau dikenali sebagai abang long

Sedang bersoal jawab dengan murid-murid cikgu

Najieb kenapa tu...

Salah satu aktiviti yang dijalankan

Tekun.. menulis apa tu

Mari adik semua ..kita nyanyi sama-sama..

Kusyuk

Anas...dengar baik-baik pesanan abang long tu

                           

Senyummmm...cikgu marah pun kenan senyum tau...
 
Sebenarnya bukan sahaja aktiviti dalam dewan ..aktiviti di luar dewan turut diadakan...Opppss sory gambar aktiviti yang lain cikgu aton tak sempat nak ambil..




0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...