Thursday 24 November 2011

PERGINYA SEORANG INSAN

Hari ni... pagi2 cikgu dikejutkan dengan panggilan telefon...berderau darah cikgu..mcm2 bermain dalam fikiran..mesti khabar yg kurang baik bakal cikgu terima..sangkaan cikgu tepat...dalam keadaan mamai baru bangun tidur...khabar yang disampaikan sungguh mengejutkan..." aton dah tahu ke...belum...Aton..guru besar, HJ. MOHD NOOR telah tiada...betul ke..betul ton...tolong bagitau kawan2 yang lain ye...tulah khabar yang cikgu terima daripada cikgu abdullah ..penolong kanan koku sekolah cikgu...termangu cikgu selepas mendengar ungkapan tadi..ye ke tak ni...betul ke berita yang cikgu terima ni...tapi itulah kenyataan yg terpaksa cikgu terima..allah lebih menyayangi beliau berbanding kita semua...perginya takkan kembali lagi...Perginya HJ MOHAMMAD NOOR B SANUSI kepada maha pencipta...di pagi hari Jumaat bersamaan 25November 2011 pada pukul 4.10 pagi...di kala berusia 56 tahun..perginya pada hari yg penuh barakah...ALFATIHAH...Semoga roh beliau ditempatkan dalaman kalangan orang yang beriman...AMINN..

Arwah Hj Mohd Noor Sanusi...inilah guru besar paling baik cikgu jumpa...boleh jadi kawan..abang..bapa..semua la...

masih lagi terngiang2 di telinga cikgu gelak tawanya..tegurannya...nasihatnya...ungkapan yg disering diucapkan oleh beliau..sampai menjadi ikutan cikgu dan kawan2 kat sekolah..BELASAH KAU KANG...
Tapi itu semua tinggal kenangan..yg akan cikgu kenang sampai bila2...sebab cikgu dah lama kenal insan bernama HJ. MOHD NOOR ni..lebih kurang 11 tahun..semenjak cikgu mula berpindah ke daerah sepang lagi..beliaulah yg banyak memberi nasihat sepanjang cikgu memegang jawatan guru tahun 6...ko boleh tun..aku ada nanti boleh tunjuk ngan ko...itulah ungkapan yang diucapkan semasa cikgu mula2 masuk sekolah batu laut dan terus mengajar tahun 6..
Beliau seorang insan yg banyak memberikan kegembiraan pada warga sekolah cikgu..dialah bapa...abang..sahabat..teman ketawa..kalau berjalan teman medang..pemberi nasihat yg setia..rasanya tidak ada pengganti semulia insan bernama HJ. MOHD NOOR B SANUSI....ALFATIHAH..

Seorang insan yang banyak berjasa dalam pendidikan terutamanya dalam bahasa Melayu...sifu cikgu juga..

p/s..sepatutnya arwah bersama2 rakan2 guru sktpsp termasuk cikgu mengikuti rombongan ke Vietnam pada 5 hingga 9 disember ini..tapi tuhan itu maha mengetahui dan berkuasa...

TaHniaH !!!!

Sebelum tarikh ni 17 Novmber 2011 lagi perasaan gementar dah ada dalam diri cikgu..mau tak gementarnya keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan pada hari tersebut...dalam hati bertanya2 berapa la pulak yang akan mendapat 5A tahun ni??? adakah mencapai sasaran..atau dapatkah mengatasi rekod tahun 2010 yang mana seramai 16 orang telah mendapat 5A..Kalau betullah apa yang diandaikan..syukur padaMu tuhan ..atau sebaliknya kami guru2 tahun reda...kerana segala usaha telah dilakukan... 
Pagi tu dengan jantung dup dap dup  dab...cikgu bersama cikgu rashidah telah pergi mengambil keputusan peperiksaan upsr...setelah mendengar taklimat drpd pegawai ppd..nama sekolah cikgu pun dipanggil ke hadapan utk mengambil sampul yg berisi keputusan peperiksaan...lantas cikgu membuka dan alangkah gembiranya cikgu berdua seramai 9 orang telah mendapat 5A..mereka terdiri daripada azri farhan...ahmad muhaimin mukhtar..anas.. siti hajar...hanis..fatin syawani..nurul syazwani..zairil..dan izan nabil..TAHNIAH !!! buat kalian semua...pada yang lain juga cikgu ucapkan TAHNIAH...bagi yang kurang berjaya kalian jangan putus asa ini baru permulaan..banyak lagi peluang kalian berada di hadapan sana..insyaallah suatu hari kejayaan milik kalian jugak akhir...


TAHNIAH...JADIKAN KEJAYAAN INI SEBAGAI SATU PERMULAAN UNTUK KALIAN TERUS BERJAYA..

di sini cikgu mengambil peluang mengucapkan terima kasih kepada semua guru SKTPSP yang banyak membantu dalam mengendalikan sebarang program tahun 6..terima kasih daun keladi..tahun depan bantu lagi hihihi...

RAy DaN HaNiF - ERA

Ha nak tau..dalam pesawat ke dr KK ke KLIa cikgu rupanya satu pesawat dengan dj riuh pagi era...sapa lagi kalau bukan ray dan hanif...gembira dapat jumpa beliau terutamanya anak cikgu afiq...kami biasanya boleh katakan hari2 dalam perjalanan dr rumah ke sekolah pasti cikgu dan afiq akan memutar stesyen radio era...selama hari ni hanya dengar suara beliau melalui corong radio saja...tapi kali ini dapat berjumpa depan mata...dgr suara secara live lagi...orgnya baik dan tidak sombong..rupa2 beliau juga ke sabah utk urusan kerja sambil bercuti sekali la...sempat tanya pak nil tak ikut..rupanya pak nil dah balik awal lagi..klau tak dpt jugak jumpa dengan pak nil...mesti besttt...

Layan radio era setiap pagi pasti menghiburkan..

 Bergambar kenangan bersama RAy dan HaNiF...

Jejak Kasih

Kesempatan pergi makan angin ke Kota Kinabalu..cikgu telah mengambil peluang bertemu dengan kakak angkat cikgu yang tinggal di Kinarut..sabah..Cikgu telah berkunjung ke rumah kak Jamnah sekeluarga..Kak Jamnah ni telah lama cikgu tidak berjumpa lebih kurang 14 tahun lamanya...Dulu-dulu kak angkat cikgu ni pernah bekerja di Kuala Lumpur dan merupakan kenalan kepada kakak ipar cikgu...Mula nak pegi rumah kakak angkat cikgu ini segan jugak..maklumlah dah lama xjumpa...tetapi rupa-rupanya kedatangan kami memang dinantikan oleh kak jamnah sekeluarga..terima kasih kak kerana sudi menerima kunjungan kami ni..moga2 di lain waktu kita dapat berjumpa lagi...

 Bergambar kenangan bersama mak kak jamnah dan kak jamnah

Bersama dengan keluarga kak Jamnah.. 

Terima kasih daun keladi kak jamnah....

Negeri Di bawah Bayu...SaBah

Cuti selama seminggu sempena Depavali baru2 ni..cikgu aton mengambil peluang bercuti bersama keluarga tersayang. Lagipun dah lama x bawa famili jalan2 jauh sikit..maklum la sibuk dengan kuliah. Cuti depavali ni peluang yg tidak akan disia2kan. Cikgu pergi bersama dengan kakak2 cikgu bersama keluarga masing2. Cikgu memilih destinasi ke negeri di bawah bayu..iaitu Sabah..maklumla cikgu pun xpernah pergi ke sana lagi..jadi apa salahnya untuk melancong ke sana..mula2 risau jugak..apalah aktiviti yang boleh cikgu lakukan bersama keluarga ketika berada di sana...cikgu pergi selama 4 hari 3 malam..

Seawal jam 6.30 pagi cikgu telah berada di terminal KLIA..penerbangan cikgu pukul 7.30 pagi..cikgu naik MAS.. nak bagi famili rasa naik mas...seronok diorg...satu yg cikgu xboleh lupa anak saudara cikgu yg berusia 10 tahun xboleh naik flight waktu yg sama kerana terlupa bawa surat kelahiran..jd terpaksa naik flight pukul 9.00 pagi..itu pun jenuh pujuk pegawai mas tu..supaya boleh tunda penerbangan kalu tidak terlepas nak pegi sabah...kesian adik ijat...jgn takut..adik ijat naik pukul 9.00 pagi ye...hahaha bye2 dik..kami pegi dulu..
Sempat posing kat KLIA bersama kakak2 dan kak dik

DaLAm pesAwAt MAS rileks...

Lebih kurang pukul 10.00 pg kami dah sampai dekat kota kinabalu..sementara menunggu adik ijat dan abang ipar cikgu tiba ..kami semua lepak dulu dekat airport kota kinabalu...
Inilah tempat penginapan cikgu selama 4hari di KK...namanya Marina Court Resort Kondominium...seronok jugak lepak kat sini...kondo ni berdekatan dengan pasar Filipina..pasar raya..deretan kedai2..tapi yang pasti ia mengadap laut..cantikkk...
Marina Court Resort Kondominium Kota Kinabalu 
Hari pertama cikgu lepak kat kondo ajer..bagi diorang mandi kolam puas2..hari kedua baru pergi jalan sekitar negeri sabah. Sebelah malam kami dibawa oleh En Suhaimi- pemandu van pergi makan malam dan singgah di pasar malam kg air..kalau nak beli mutiara atau butang baju melayu kat sini murah berbanding pasar Filipin..cantik dan murah...
Hari kedua , antara tempat2 menarik yang telah cikgu kunjungi ialah pulau-pulau yang cantik yang masih terpelihari alam sekitarnya iaitu pulau manukan, pulau sapi dan pulau mamutik...memang best kat sini dapat buat snorkling, dapat melihat ikan berenang2 di kaki ..mcm nak capai jer n tangkap bawak balik..
Di jeti SeBelUm menaIki bOt ke Pulau..

Besttt..

SnOrkliNg dan BeRenang Di Pulau MAnuKan...syokk..best giler..

Untuk hari berikutnya cikgu telah dibawa berkunjung ke Kundasang, Sabah. Mengambil masa lebih kurang 3jam untuk sampai ke destinasi. Dalam perjalanan, cikgu singgah di Ranau...tempat ni jugak menarik..cikgu sempat bergambar berlatarkan gunung kinabalu...dan sempat shopping cenderahati..
Sejuk, NyAman , InDaH...belakang Gunung KiNabalu yang tinggi tu tau..

cikgu singgah di ladang ternakan lembu..tempatnya seakan2 mcm di New Zealand...sejukkkk...walaupun 
cuaca panas..

maCaM Kat New ZeaLand lak Rasa...

Selepas tu cikgu singgah di deretan kedai yang menjual sayur2an yang segar...lebih kurang mcm Cameron Highlands...segar2 dan besar2 sayur2nya..
Ni pulak di Taman Poring..tempat ini ada kolam air panas...cikgu tak mandi pun cuma rendamkan kaki. Paling best aktiviti kat sini ialah menaiki jambatan gantung atau kanopi...cikgu xsampai pun kat kanopi hanya separuh jalan saja...tak larat...takutpun ya..maklum la tinggi..gayat...yg meneruskan perjalanan sampai ke penamat...yang jantan2 la...nanti tgk gambar ya..mcm best jer rugi cikgu xhabiskan..
layannnn...

 Ini muka2 taKut Nak naik Kanopi...posing boleh la..HAHAHA
 seMpaT posing Jap
 Penat ke...
 Caya la dik ijat...muka mcm taKut jer...hihihi
 Lepas jugak naik KAnopi..
Sebelum pulang ke kota kinabalu, tempat yang akhir cikgu kunjungi di kundasang ialah kaki gunung kinabalu..cikgu sampai di situ dah petang..masa tu gerimis sikit..udaranya memang sejuk..berkabus lagi..

Di kaki gunung Kinabalu...
Hari terakhir di Sabah...cikgu berjalan2 di sekitar bandar kota kinabalu...cikgu pergi ke Muzium Sabah, shopping mall yang terbesar di sabah..Sabah Borneo...kemudian pergi ke Pasar Filipin beli ikan kering, sotong kering, kuih cincin untuk ole2 untuk yang tinggal di semenanjung...dan tak lupa pergi ke pasar basah untuk membeli udang..org kata murah..tp sampai2 kat pasar dah xbanyak pilihan..sebab pegi dah petang..so beli jer sikit untuk buat rasa..hahaha..
Di Muzium Sabah
Selepas itu, lebih kurang pukul 5.00 petang kami bertolak ke airport kota kinabalu...kami menaiki pesawat pada pukul 7.00 malam...pada kali ini semua naik pesawat yg sama..tak de yang tinggal...hihihi..
Melancong la ke Sabah..MemaNg Best...



THANKS FOR STOPPING BY ...