Thursday 24 November 2011

Negeri Di bawah Bayu...SaBah

Cuti selama seminggu sempena Depavali baru2 ni..cikgu aton mengambil peluang bercuti bersama keluarga tersayang. Lagipun dah lama x bawa famili jalan2 jauh sikit..maklum la sibuk dengan kuliah. Cuti depavali ni peluang yg tidak akan disia2kan. Cikgu pergi bersama dengan kakak2 cikgu bersama keluarga masing2. Cikgu memilih destinasi ke negeri di bawah bayu..iaitu Sabah..maklumla cikgu pun xpernah pergi ke sana lagi..jadi apa salahnya untuk melancong ke sana..mula2 risau jugak..apalah aktiviti yang boleh cikgu lakukan bersama keluarga ketika berada di sana...cikgu pergi selama 4 hari 3 malam..

Seawal jam 6.30 pagi cikgu telah berada di terminal KLIA..penerbangan cikgu pukul 7.30 pagi..cikgu naik MAS.. nak bagi famili rasa naik mas...seronok diorg...satu yg cikgu xboleh lupa anak saudara cikgu yg berusia 10 tahun xboleh naik flight waktu yg sama kerana terlupa bawa surat kelahiran..jd terpaksa naik flight pukul 9.00 pagi..itu pun jenuh pujuk pegawai mas tu..supaya boleh tunda penerbangan kalu tidak terlepas nak pegi sabah...kesian adik ijat...jgn takut..adik ijat naik pukul 9.00 pagi ye...hahaha bye2 dik..kami pegi dulu..
Sempat posing kat KLIA bersama kakak2 dan kak dik

DaLAm pesAwAt MAS rileks...

Lebih kurang pukul 10.00 pg kami dah sampai dekat kota kinabalu..sementara menunggu adik ijat dan abang ipar cikgu tiba ..kami semua lepak dulu dekat airport kota kinabalu...
Inilah tempat penginapan cikgu selama 4hari di KK...namanya Marina Court Resort Kondominium...seronok jugak lepak kat sini...kondo ni berdekatan dengan pasar Filipina..pasar raya..deretan kedai2..tapi yang pasti ia mengadap laut..cantikkk...
Marina Court Resort Kondominium Kota Kinabalu 
Hari pertama cikgu lepak kat kondo ajer..bagi diorang mandi kolam puas2..hari kedua baru pergi jalan sekitar negeri sabah. Sebelah malam kami dibawa oleh En Suhaimi- pemandu van pergi makan malam dan singgah di pasar malam kg air..kalau nak beli mutiara atau butang baju melayu kat sini murah berbanding pasar Filipin..cantik dan murah...
Hari kedua , antara tempat2 menarik yang telah cikgu kunjungi ialah pulau-pulau yang cantik yang masih terpelihari alam sekitarnya iaitu pulau manukan, pulau sapi dan pulau mamutik...memang best kat sini dapat buat snorkling, dapat melihat ikan berenang2 di kaki ..mcm nak capai jer n tangkap bawak balik..
Di jeti SeBelUm menaIki bOt ke Pulau..

Besttt..

SnOrkliNg dan BeRenang Di Pulau MAnuKan...syokk..best giler..

Untuk hari berikutnya cikgu telah dibawa berkunjung ke Kundasang, Sabah. Mengambil masa lebih kurang 3jam untuk sampai ke destinasi. Dalam perjalanan, cikgu singgah di Ranau...tempat ni jugak menarik..cikgu sempat bergambar berlatarkan gunung kinabalu...dan sempat shopping cenderahati..
Sejuk, NyAman , InDaH...belakang Gunung KiNabalu yang tinggi tu tau..

cikgu singgah di ladang ternakan lembu..tempatnya seakan2 mcm di New Zealand...sejukkkk...walaupun 
cuaca panas..

maCaM Kat New ZeaLand lak Rasa...

Selepas tu cikgu singgah di deretan kedai yang menjual sayur2an yang segar...lebih kurang mcm Cameron Highlands...segar2 dan besar2 sayur2nya..
Ni pulak di Taman Poring..tempat ini ada kolam air panas...cikgu tak mandi pun cuma rendamkan kaki. Paling best aktiviti kat sini ialah menaiki jambatan gantung atau kanopi...cikgu xsampai pun kat kanopi hanya separuh jalan saja...tak larat...takutpun ya..maklum la tinggi..gayat...yg meneruskan perjalanan sampai ke penamat...yang jantan2 la...nanti tgk gambar ya..mcm best jer rugi cikgu xhabiskan..
layannnn...

 Ini muka2 taKut Nak naik Kanopi...posing boleh la..HAHAHA
 seMpaT posing Jap
 Penat ke...
 Caya la dik ijat...muka mcm taKut jer...hihihi
 Lepas jugak naik KAnopi..
Sebelum pulang ke kota kinabalu, tempat yang akhir cikgu kunjungi di kundasang ialah kaki gunung kinabalu..cikgu sampai di situ dah petang..masa tu gerimis sikit..udaranya memang sejuk..berkabus lagi..

Di kaki gunung Kinabalu...
Hari terakhir di Sabah...cikgu berjalan2 di sekitar bandar kota kinabalu...cikgu pergi ke Muzium Sabah, shopping mall yang terbesar di sabah..Sabah Borneo...kemudian pergi ke Pasar Filipin beli ikan kering, sotong kering, kuih cincin untuk ole2 untuk yang tinggal di semenanjung...dan tak lupa pergi ke pasar basah untuk membeli udang..org kata murah..tp sampai2 kat pasar dah xbanyak pilihan..sebab pegi dah petang..so beli jer sikit untuk buat rasa..hahaha..
Di Muzium Sabah
Selepas itu, lebih kurang pukul 5.00 petang kami bertolak ke airport kota kinabalu...kami menaiki pesawat pada pukul 7.00 malam...pada kali ini semua naik pesawat yg sama..tak de yang tinggal...hihihi..
Melancong la ke Sabah..MemaNg Best...



0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...