Friday 12 April 2013

Beijing OH Beijing

Ahli rombongan bergambar di Dataran Istana Maharaja
Assalamualaikum semua..
....hai lama dah cikgu aton tak berblog...rindujugak ngan sawang lebah ni...pasti ada yag berkata..sekejap ada sekejap tak de macam biskut Chips More..Bukannya tak de bahan nak kongsi..ada.. tapi masa tidak mengizin untuk cikgu aton nak melawat sawang lebah ni..hihihi

Sebenarnya cikgu aton nak cerita bahawa cikgu aton dah pun sampai ke nergeri China..iaitu Beijing...PLan nak pegi negara ni dah dibuat sejak bulan November lagi..bila ada yang pelawa nak cari pakej cikgu pun ikut sekali..jadi cikgu aton pergi mengguna pakej dari syarikat travel SMR Holiday Sdn Bhd...yang diketuai oleh Puan Raihanah Suboh...adik kepada kawan cikgu jugak Cikgu Rashidah....service yang diberikan oleh travel agensi pn Raihanah ini memang bagus..memang cikgu puji...oleh itu sesiapa yang berminat untuk pergi melancong boleh contact beliau ditalian 03 -55137910... aik promote la plak...tapi apa salahnya..perkara baik..

biasa la cikgu aton pergi dengan kekawan kat sekolah cikgu mengajar..memang seronok pergi dengan kawan-kawan ni..macam-macam gelagat nanti dapat kita lihat...Cikgu aton pergi bersama famili cikgu...sape lagi kalau bukan cik abag cikgu n anak cikgu..

Cikgu pergi Beijing masa cuti sekolah pertengahan semester 1 baru-baru ni... 25 hingga 29 mac 2013..masa cikgu pergi dah nak habis musim sejuk...walaupun dah hujung musim..tapi masih sejuk..perjalanan dari KLIA memakan masa 6 jam lebih kurang...Cikgu pegi selama 5 hari...seronok???memang seronok..lain tempat yang kita lawati..lain pengalaman yang kita dapat saksikan dan alami...bagi yang berhajat nak berkunjung ke negeri China ..peegi la..pasti seronok...tapi sebelum tu cikgu nak ingatkan kalau ingin berkunjung ke Beijing cikgu nak bagi tau..jeng-jenggggg..macam suspen la pulak....bukan ada apa-apa pun..baca lah..

PERTAMA semasa membeli belah pastikan baki wang dipulangkan betul-betul duit mata wang YUan..sebab kekadang peniaga ni banyak yang menipu... jadi hati-hati...kalau tidak beri duit cukup-cukup dengan nilai harga barang yang dibeli...KEDUA semasa berjalan pastikan bawa botol mineral sebab tandas diorang ni tak ada paip dalam toilet..paip hanya ada di singki..jadi sebelum masuk toilet isi air dulu..kalau tak nanya je....hihihi....kalau ada nak berhajat besar tu paling baik semasa di hotel...faham-faham je lah...KETIGA jika membeli barangan pasti adakan tawar menawar sebab harga yang diletakkan pada sesuatu barangan tu mcm tak percaya ..tinggi melampau-lampau...jadi tawar sampai tinggal 20 %  pun tak pe...TAPI kena ingat billa dah tawar jangan pulak tak jadi beli..nanti pasti maki hamun akan kena kat kita balik...DAN kalau peniaga ni tak bagi harga tersebut kita beredar dari kedai tu tapi lepas tu pasti dia panggil balik..lps tu boleh la bayar....

Panjang pulak cikgu aton citer ni jom layan gambar cikgu dengan famili serta rakan cikgu...jommm

Ni lah tempat mula-mula cikgu pergi iaitu ...Istana Maharaja ..luas..dan ramai orang..

         

Di taman dalam Istana Maharaja ..
Yang ni di Tembok Besar China..Salah satu keajaiban dunia..memang indah..macam mana diorang ni bina tembok ni kan...panjang..
 
Terpegun tengok Tembok Besar China...aduhai tingginya..cikgu dapat lah naik sampai stage tiga je.ok gak tu...cik abang n afiq sampai atas dah..cikgu tak larat dah..gayattttt... nak turun takut 

            
Walau pun sikit jer salji..tapi nak gak rasa...maka dapat lah merasa di Tembok Besar China...mahal harganya tu.., 


Tembok Besar China 


        


Yang ni pulak di Summer Place ..tempat ni memang cantik dan tasiknya akan beku apabila musim sejuk...serta boleh bermain ski..


Di kilang sutera..kat sini banyak jual cadar dan baju sutera..tapi cikgu tak beli cadar...hanya ambil gambar kat cadar sutera..cikgu beli baju ela je..

Di kedai teh..tengok tu tehnya bertingkat-tingkat.. 
















                        

Di Kedai jade bersama dengan anak tokey jade
                      

Di Stadium Olimpik Beijing... Stadium merupakan tempat yang terakhir Cikgu lawati...sebelum tu pergi ke kedai jade...



Cikgu rasa cukup la gambar tu nak dilayan..sebenarnya banyak lagi...hihihi...memang seronok pergi ke Beijing...kalau berpeluang lagi...macam nak jelajah je balik...

0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...