Sunday 29 April 2012

Rakan Cikgu Sudah Lakukan???


Hari ini cikgu nak kongsi satu cerita bersama dengan rakan-rakan cikgu... cikgu hari ini diberi kesempatan untuk pergi melakukan ujian mamogram...dengarnya macam takut jer...tapi tak de apa-apa sebenarnya...ujian ini merupakan langkah awal untuk mencegah kanser payu dara...pemeriksaan ini dilakukan untuk memastikan agar diri kita sihat...cikgu pergi bersama-sama dengan jiran tetangga cikgu menaiki bas...cikgu respect dengan warga emas yang pergi membuat pemeriksaan ini....walaupun dah berumur mereka tetap pergi untuk membuat pemeriksaan...canyok2... selain itu cikgu pergi bersama dengan rakan cikgu aiaitu cikgu noripah dan puan mariza...

Pukul 7.30 pagi cikgu dah diminta berkumpul di perkarangan masjid tempat tinggal cikgu...sebenarnya cikgu mula2 takut juga nak pergi...bukan takut apa..mcm2 fikir...tapi bila fikir-fikir balik bila lagi nak pegi...ini peluang perlu cikgu ambil kerana program ini merupakan program yang dianjurkan oleh kerajaan negeri selangor...buat pemeriksaan tak perlu bayar..semua ditanggung oleh kerajaan negeri...alhamdulillah syukur ada yang nak sponsor..



Pukul 8.00 pagi bertolak. Pukul 9.30 sampai di Kepong...program ini dilakukan di Forrest Medical Centre, Kepong...Sebaik sampai pendaftaran dibuat dan pemeriksaan dilakukan seorang demi seorang..dan tamat pada pukul 2.00 petang....lama jugak rupanya..tp kumpulan cikgu bernasib baik kerana dapat buat pemeriksaan sebelah pagi...klau petang sampai ke malam la gamaknya...semasa cikgu hendak pulang sekumpulan penduduk wanita dari Batangkali sudah menunggu giliran alamak sampai ke malam la mereka..sabar ya makcik2..kakak2 dan adik2...sementara menunggu giliran tu apalagi g la shopping dulu di Carefour...

Apa yang penting pemeriksaan boleh dilakukan oleh kawan-kawan wanita cikgu yang berumur 35 tahun ke atas...pastikan tidak mengandung dan menyusukan anak...semasa pergi juga tidak dibenarkan memakai sebarang minyak wangi, deodoran...cikgu sarankan agar rakan-rakan cikgu pergi la membuat pemeriksaan..ia tidak menyakitkan...

0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...