Monday 30 April 2012

Puding Trifle ..ermmm sedap

Jumaat lepas rakan-rakan cikgu nak buat pot luck...cikgu fikir nak bawak apa lah ....nak order kuih or nasi lemak dah ada yang bawak....nasi lemak dapat tajaan lagi...terima kasih cikgu yati kerana sponsor nasi lemak aritu...akhirnya cikgu bawak la puding trifle...malam jumaat tu  cikgu buat dan simpan dalam peti sejuk...buatnya pun senang ajer... tak susah....kawan-kawan cikgu kata sedap...itu yang kembang kuncup tu...kena puji...toi...toi...jadi rakan cikgu ninta agar cikgu kongsi resepi puding trifle ala-ala cikgu aton ni...hihihi..

Jom layan resepi... lepas ni boleh cuba...


PUDING TRIFLE

Bahan-bahan  :
Kek swiss roll atau kek apa2 jer
1 tin fruit cocktail
Kristal jelly – jenama nona 
1 tin susu cair + 1 tin air  +  5 sudu gula  ( kalau nak manis tambah gula lagi )
4 sudu tepung kastard – sukatan membukit

 CARA MEMBUATNYA:
1 1.   Potong swiss roll anggaran 1.5cm tebal. Kemudian susunkan dalam acuan. Cikgu guna acuan bekas empat segi ajer..klau guna bekas kaca lagi cantik nanti nampak lapisannya. Kemudian tuang air fruit cocktail ke atas swiss roll atau kek hingga lembab. Ketepikan dulu dan boleh masak kastad dgn susu.

22.    1 tin susu cair + 1 tin air + gula di masak atas api . ( sambil tu bancuh 4 sudu kastad dengan ½ tin air). Bila susu mendidih kecilkan api kemudian masukkan bancuhan kastad. Kacau hingga menjadi likat. Kemudian tuang atas swiss roll yg telah disusun.
33.  Kemudian taburkan fruit cocktail.

44.  Masakan air panas mengikut sukatan pada kotak jelly hingga mendidih. Cikgu guna jelly perasa rasberry. Masukkan jelly tersebut dalam air panas. Tunggu sejuk sedikit dan masih cair tuang atas taburan fruit cocktail tadi.

55.   Kemudian masukkan dalam peti sejuk…lps tu boleh makan.

   Cuba la buat...sedappp...





2 ulasan:

mas myraz said...

Salam...saya dh try yg cikgu buat..tp nape erk..can susah je nk potong..ksstad tu lembik...klu letak dlm mangkuk..okla.senang nk mkn trrus..klu letak dalam bekas besar nk kene potong kan..nape x keras2..huhuhu...

mas myraz said...
This comment has been removed by a blog administrator.

THANKS FOR STOPPING BY ...