Monday 12 December 2011

SeLAmAt MeneMPuH AlaM DewaSA




Apabila cuti mesti tak lari dengan aktiviti majlis kahwin dan majlis berkatan atau bersunat...begitu la juga dengan cikgu..kelmarin cikgu pergi ke melaka untuk mengunjungi anak saudara cikgu yang bersunat pada hari tersebut...tengok adik ijat rileks ajer..tak de perasaan takut pun..malah beriya-iya nak bersunat..
Kalau dulu2 seingat cikgu..daripada cerita yang disampaikan oleh abang cikgu...orang dulu bersunat kat rumah jer...xde hospital2 ni...yang tukang sunat dipanggil tok mudim...dulu2 sebut ajer tok mudim kanak2 lelaki pasti takut..cabut lari...abang cikgu cakap dulu tok mudim guna pisau cukur...dan gunakan batang pisang...betul atau tidak cikgu tak tahu..hihihi...sebelum tu mandi atau berendam dalam tempayan..

Tapi sekarang tak payah berendam dalam tempayan..panggil bomba ajer...berkhatan pun kat klinik dan dibius dahulu agar tak rasa sakit...sekejap dah baik...lebih kurang seminggu dah boleh pakai seluar...
 Adik ijat berendam dalam besen...tp besan tu macam tak muat jer dengan adik ijat..

Pak long mandikan adik ijat

Selepas dikhatankan...adik hati2
Dibantu oleh ambo bidur

Selamat menempuh alam dewasa diucapkan pada adik Ijat kerana kelmarin adik Ijat telah selamat dikatankan...respek dengan adik ijat kerana sedikitpun  tidak merasa takut dan gentar...masuk jumpa doktor pun sorang2..sepatutnya suami cikgu menemani adik ijat tapi suami cikgu jumpa doktor pula sebab demam so adik ijat masuk sorang2... cayalah adik ijat..keluar dari bilik dr pun tersenyum-senyum macam xde rasa sakit..tapi sampai saje rumah...tau2 ajer lah menangis kesakitan...agaknya ubat bius dah abis mula lah rasa sakit dan pedih...

0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...