Friday 7 October 2011

ImPiAn TerLakSaNa


Salam semua....
Sudah lama tidak menjenguk blog cikgu aton ni...tidak sibuk mana pun..tapi boleh dikatakan sibuk dengan membantu anak-anak murid tahun 6 untuk menhadapi peperiksaan UPSR..alhamdulillah semua dapat menjawab dengan tenang dan baik...cikgu doakan semoga semua akan mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat membanggakan kedua ibu bapa tersayang dan keluarga yang tercinta....amin..

Apabila sebut tentang kejayaan ..cikgu nak kongsi satu cerita dan kenangan yang tak mungkin dapat cikgu lupakan bersama dengan tetamu cikgu yang sudi berkunjung ke blog cikgu aton ni...

Baru-baru ni tanggal 25 September 2011 cikgu telah pun berjaya menggenggam segulung ijazah yang cikgu rasakan bagaikan mimpi untuk menggapainya...almaklumlah cikgu ni pun dah bekerja dan ada keluarga yang hendak dijaga...tapi alhamdullih syukur kepada yang maha esa cikgu dapat mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar yang biasanya digelar sebagai mahasitua..sebagai isteri kepada cik abang tersayang , ibu kepada afiiq..dan pekerja yang setia kepada majikannya...bagai mimpi...tapi itulah realitinya di mana ada kemahuan di situ ada jalannya yang terbentang indah untuk dikecapi....alhamdulillah...



Suka duka menjadi seorang pelajar tua ....tidak lah tua sangat pun..hihihihi.. banyak dugaannya..belum lagi dengan assigment yang bertimbun perlu disiapkan dan dihantar kepada pensyarah tepat pada waktunya....apabila masa exam pula tidur dua tiga jam telah lali...alah bisa tegal biasa....kalau tidak baca nota tak boleh pulak nak jawab soalan...tapi tuhan itu maha kaya...cikgu dapat menjawab soalan dengan baik dan keputusannya setiap akhir semester boleh la dibangga...alhamdulilah...


Namun begitu..kejayaan yang cikgu kecapi pada hari ini tidak dapat cikgu kongsi dengan arwah emak dan arwah ayah tersayang cikgu...kerana kedua-dua orang yang cikgu kasihi dan sentiasa dalam ingatan cikgu pergi menyambut seruan ilahi semasa cikgu masih bergelar mahasitua...arwah ayah semasa cikgu semester 1 dan arwah emak semasa cikgu semester ke7...namun cikgu pasti jika kedua mereka ini masih ada tentu mereka pasti gembira...emak dan ayah ....anak emak dan ayah dah berjaya menggenggam segulung ijazah.....uwaaaaaaaa.....

OLeh itu...semua anak murid cikgu yang dikasihi....ingatlah bahawa menuntut ilmu tidak ada noktahnya...selagi kita bernyawa selagi itu kita boleh menuntut ilmu..bak kata pepatah...tuntut lah ilmu hingga ke negeri cina...Jangan malas-malas belajar ye...

Okey jom..layan gambar cikgu aton semasa hari konvokesyen UKM ke 39 2011...jom layan...








0 ulasan:

THANKS FOR STOPPING BY ...