Tuesday 3 May 2011

Catatan Perjalanan ke Cherating dan Bukit Gambang, Kuantan

 30 April 2011
11.00 pagi
Bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi untuk pergi bercuti ke Cherating, Pahang Darul Makmur. Selepas itu, singgah di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh. Namun begitu, kami tidak dapat berhenti rehat di situ kerana ramai pengguna jalan raya yang berhenti rehat di situ. Perjalanan diteruskan dan kami sekeluarga bersama-sama dengan kawan-kawan lain berhenti di hentian yang seterusnya untuk berehat dan bersolat. Kami memjamu bekalan makanan yang dibawa dari rumah.Kemudian, kami meneruskan perjalanan lagi. Selepas dua jam perjalanan kami pun sampai di hotel penginapan. Kami mendaftar masuk hotel. Hotel yang kami menginap ini sungguh besar dan cantik serta dilengkapi dengan kolam renang.

8.00 malam
Berkumpul di lobi hotel untuk makan malam. Kami dan rakan-rakan lain pergi ke kedai makan untuk jamuan makan malam. Ketua rombongan telah memesan makanan terlebih dahulu agar kami tidak menunggu terlalu lama. Selepas makan, kami pergi bersiar-siar ke Cherating. Kami membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang.

01 Mei 2011
Selepas bersarapan kami bersiap-siap untuk pergi ke Bukit Gambang Resort. Tempat ini merupakan taman tema air yang baru dibuka pada tahun lepas. Semasa kami sampai sudah ramai dengan pengunjung kerana  hari ini merupakan cuti umum,iaitu cuti  Hari Pekerja. Sebaik sampai kami terus mencari tempat duduk untuk meletakkan barang-barang yang kami bawa. Kemudian kami mandi dan bermain dengan permainan yang ada. Selepas puas bermain dan mandi,iaitu kira-kira pukul 5.00 petang kami pun bersiap untuk pulang ke rumah. Sebelum meneruskan perjalanan pulang kami singgah pula di rumah salah seorang rakan kami. Kami dijamu dengan hidangan makan malam. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Pukul 3.00 pagi kami pagi kami pun sampai di rumah. Kami sungguh berasa seronok dan ingin berkunjung lagi ke situ.


 Dalam kereta                                   Hotel penginapan



  
Taman Tema Air Bukit Gambang            Antara permainan yang disediakan

P/S: Ini contoh karangan catatan tapi jangan masukkan gambar semasa menulis karangan jenis ini ye..saja cikgu masukkan gambar, lepas ini bolehlah kamu pergi bersama keluarga...seronokkkk

2 ulasan:

Zuhasnida Zulkiflee said...

ok ckigu...terbaikk...

Zaiton bt Othman said...

Terima kasih zu..rajin2 la jenguk blog cikgu ni..mcm2 ada

THANKS FOR STOPPING BY ...