Sunday, 20 May 2012
Chenta Hati Baru
Hadiah Hari Guru
Selamat Hari Lahir Sayang
Salam semua ...pada hari Jumaat baru-baru ni, anak-anak kesayangan kelas 6 Cempaka telah mengadakan jamuan sambutan hari lahir bagi rakan-rakan mereka yang lahir dari bulan januari hingga mei...mereka terdiri daripada Fairuz...Afni...Balqis..Mas...Hazirah...Wan..Siti..Zulaikha..Nasyran...Adam..Fikri..dan Ahsraf...Selamat hari lahir semua..semoga menjadi anak yang baik dan soleh serta berjaya dunia dan akhirat..belajar rajin-rajin..amboi banyak pulak pesanan cikgu...opps sory...
Terima kasih jugak kepada guru-guru yang hadir untuk memeriahkan majlis terutama pn guru besar yang sudi hadir...walaupun tidak seberapa majlisnya tetapi cukup bermakna bagi anak-anak di kelas 6 Cempaka...terima kasih semua...we love u alls..muaah..
Wednesday, 16 May 2012
16 Mei Datang Lagi
Salam semua...hari ini entry cikgu 16 Mei Datang Lagi...cikgu pilih tajuk itu kerana 16 Mei memang hari dinantikan oleh setiap insan bergelar guru...termasuk lah cikgu...
Monday, 14 May 2012
Ariani Buat Lagi
Salam semua....Sempena istimewanya hari esok iaitu hari apa lagi hari guru...Butik tudung Ariani membuat potongan harga. Tudung dijual dengan separuh harga. Jualan untuk separuh harga akan diadakan esok. Oleh itu, bagi kawan-kawan cikgu.... cikgu juga hihihi....yang menjadi peminat tudung ariani boleh lah berkunjung ke butik-butik tudung ariani yang berhampiran dengan tempat tinggal. Kalau cikgu... mana lagi mesti la butik bangi...tapi cikgu tak pergi...banyak kerja yang boleh disettelkan...cikgu tengok dari jauh jer la...hahaha...jom kawan-kawan cikgu...cikgu liza...cikgu hani...cikgu zura...teacher rohaina... dan yang lain-lain....apa lagi rembat banyak2 ye...
Sunday, 13 May 2012
SeLAmAt HAri IbU
Salam...hari ini 13 mei...cikgu rasa semua tahu hari hari apa....walau apa pun cikgu nak ucapkan Selamat hari ibu buat semua yang dipanggil ibu, emak, umi, mama, mum dan lagi gelaran lain...terutama buat kakak2 kesayangan, rakan2 tersayang dan semua ibu di muka bumi ini....sebenar bukan hari ini sahaja kita menghargai jasa ibu kita..malah tiap-tiap hari... sayangi lah ibu kita..berbaktilah kita kepada ibu kita selagi dia masih ada...
Saturday, 5 May 2012
Warna Oren Warna Tema Hari Guru Tahun ni
Sebut jer warna oren ... cikgu suka...warna kesukaan cikgu...hihihi...kalau semua nak tahu warna tema hari guru tahun ni warna oren...dalam kepala tengah fikir nak pakai baju apa...tapi cikgu tak kisah kerana baju-baju cikgu banyak warna oren...pilih jer mana satu nak...bagi cikgu takkan nak pakai baju lama....macam nak beli baju baru jer...baru ada feel nak sambut hari guru tahun ni...tak kira la jubah ke...kurung moden ke...baju kurung jer...kalau tak jumpa yang berkenan cikgu pakai jer la baju lama...hahaha...
Jom cari baju warna oren...
Monday, 30 April 2012
Puding Trifle ..ermmm sedap
Jumaat lepas rakan-rakan cikgu nak buat pot luck...cikgu fikir nak bawak apa lah ....nak order kuih or nasi lemak dah ada yang bawak....nasi lemak dapat tajaan lagi...terima kasih cikgu yati kerana sponsor nasi lemak aritu...akhirnya cikgu bawak la puding trifle...malam jumaat tu cikgu buat dan simpan dalam peti sejuk...buatnya pun senang ajer... tak susah....kawan-kawan cikgu kata sedap...itu yang kembang kuncup tu...kena puji...toi...toi...jadi rakan cikgu ninta agar cikgu kongsi resepi puding trifle ala-ala cikgu aton ni...hihihi..
Jom layan resepi... lepas ni boleh cuba...
Sunday, 29 April 2012
1 Mei @ Hari Buruh
Selamat bercuti kawan-kawan cikgu...sebab esok nak menyambut Hari buruh atau Hari pekerja... cikgu rasa mesti ramai rakan-rakan cikgu nak pergi shopping maklumla dah dapat gaji....mungkin ada yang duduk kat rumah ajer bersama-sama dengan keluarga...best jugak duduk rumah boleh masak- masak kemudian makan sama-sama...boleh mengeratkan kasih sayang...apa saja yang kita lakukan pastinya akan emndatangkan kegembiraan...
Pelancaran Minggu Bahasa Arab
Ahlan Wasahlan...Hari ni sekolah cikgu telah mengadakan pelancaran Minggu Bahasa Arab...Minggu Bahasa Arab ini berlangsung selama seminggu bermula hari ini iaitu 30 April hinggalah 04 Mei 2012. Perasmian telah dilakukan oleh guru besar cikgu Pn Rokiah bt Yaacob. Minggu Bahasa Arab dianjurkan oleh Panitia Bahasa Arab dan Persatuan Bahasa Arab sekolah cikgu..
Semasa pelancaran program ini pagi tadi memang dapat menarik minat pelajar cikgu kerana ada tayang video cerita kartun kanak-kanak versi bahasa Arab...ada nasyid..melopong mulut anak murid cikgu tengok kartun Upin Ipin versi Bahasa Arab...dan lain-lain lagi...
Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang Minggu Bahasa Arab ini ialah ...
1. Pameran Bahasa Arab
2. Tayangan Video
3. Choral Speaking Bahasa Arab
4. Pertandingan Nasyid
5. Mari Menghafal
6. Kuiz Spontan
7. Dikir Barat Bahasa Arab
Perghh..cikgu rasa aktiviti yang dirancang sangat menarik...apa lagi anak-anak murid cikgu...jom sertai...hadiah menarik pasti menanti kalian semua....Jangan lupa ambil bahagian....
Bengkel Bahasa Melayu
Sekolah cikgu sebenarnya dah lama tidak mengadakan kelas tambahan...kalau tak silap cikgu dah 3 tahun rasanya...salah satu sebabnya ramai yang murid tidak hadir..kehadirannya mcm dipaksa sahaja...jadi bekas guru besar cikgu telah menukarkan kelas tambahan kepada bengkel...setakat hari ini kehadiran pelajar boleh dikatakan baik... dan kalu ditengok kepada keputusan peperiksaan UPSR setakat ini baik alhamdulillah..penurunan dan peningkat sedikit itu adalah adat dalam peperiksaan..dan setiap tahun IQ murid2 tidak sama...
![]() |
Pn Rohana menerangkan sesuatu kepada kumpulan 4 |
![]() |
Lepak santai semasa bengkel |
![]() |
Muka-muka ceria... |
![]() |
Bengekl bahasa melayu 2 |
![]() |
Masa nak balik..semua dah sibuk nak balik... |
Rakan Cikgu Sudah Lakukan???
![]() |
Friday, 27 April 2012
Pertandingan Melukis Poster
Pada hari Selasa baru-baru ini, cikgu telah mengadakan pertandingan melukis poster bagi kelas 6 Cempaka. Bagi kelas 6 Kenanga pula pada hari Rabu. Pertandingan ini merupakan salah satu aktiviti Program Nilam yang dianjurkan pihak sekolah cikgu. Program ini telah berlangsung selama sebulan iaitu sepanjang bulan April. Banyak aktiviti yang diadakan seperti membaca buku paling banyak, sudut bacaan dalam kelas, meneka bilangan buku dalam pusat sumber dan lain-lain lagi.
Tajuk poster yang telah diberikan oleh ketua panitia seni cikgu iaitu cikgu hayati ialah Membaca Jambatan Ilmu...Sepanjang pertandingan ini berlangsung cikgu perhatikan anak murid cikgu buat tak bersungguh-sungguh..main hentam kromo jer..diorang kata janji buat....eh boleh ke macam tu??? mana bolehkan....bagi cikgu kalau masuk sesuatu pertandingan tu mestilah buat bersungguh-sungguh...tapi ada jugak kalangan anak murid cikgu yang buat betul-betul.... seperti ....tak yah sebut la namanya nanti ada yang kecil hati...cikgu tahu-tahu sendiri sudahlah....
Jom kita layan gambar-gambar semasa pertandingan ini cikgu jalankan....