Sunday 20 May 2012

Chenta Hati Baru


Inilah chenta hati baru cikgu...hadiah ni diberikan oleh suami tersayang cikgu sempena ulang tahun kelahiran cikgu yang ke 39 tahun pada hari ni...walaupun tak seberapa tapi cukup bermakna buat cikgu....terima kasih sayang...moga kebahagiaan milik kita selamanya...aminn...



Hadiah Hari Guru

Sorry terlewat sedikit untuk entry ini...tapi masih lagi dalam mood hari guru...terima kasih yang tidak terhingga kepada anak-anak didik cikgu yang memberi cikgu hadiah sempena hari guru baru-baru ini...segala ingatan kalian tidak akan cikgu lupakan...cikgu doakan semuanya akan berjaya sama ada di dunia mahupun akhirat... cikgu ikhlas mengajar kalian yang merupakan tanggungjawab cikgu sebagai seorang pendidik...


 antara hadiah yang cikgu dapat ...

Sayang kalian semua 

Kreatif...kad ucapan drpd Hazreena Husna

Kad ucapan drpd Siti Nur Liyana

Terima kasih semua...belajar rajin-rajin...


Selamat Hari Lahir Sayang

Salam semua ...pada hari Jumaat baru-baru ni, anak-anak kesayangan kelas 6 Cempaka telah mengadakan jamuan sambutan hari lahir bagi rakan-rakan mereka yang lahir dari bulan januari hingga mei...mereka terdiri daripada Fairuz...Afni...Balqis..Mas...Hazirah...Wan..Siti..Zulaikha..Nasyran...Adam..Fikri..dan Ahsraf...Selamat hari lahir semua..semoga menjadi anak yang baik dan soleh serta berjaya dunia dan akhirat..belajar rajin-rajin..amboi banyak pulak pesanan cikgu...opps sory...

Terima kasih jugak kepada guru-guru yang hadir untuk memeriahkan majlis terutama pn guru besar yang sudi hadir...walaupun tidak seberapa majlisnya tetapi cukup bermakna bagi anak-anak di kelas 6 Cempaka...terima kasih semua...we love u alls..muaah..

 
Selamat hari lahir  yang ke 12 tahun


Menyanyikan lagu selamat hari lahir beramai-ramai....anak-anak yang sambut
 birthday bulan januari hingga mei

Acara potong kek oleh pn guru besar

Happy time

Suap menyuap..nyum-nyum sedap!!!

Antara hidangan yang dibawa oleh murid-murid...buat pot luck ajer..tapi 
meriah dengan makanan...terima kasih semua kerana bawa makananyg sedap2.

Tunjuk jari dua...Tanda tarikh lahir 20 Mei...Cikgu berkongsi tarikh hari lahir 
dengan cikgu Nor Idah...selamat hari lahir kak idah..

Bersama dengan antara anak didik kesayangan..
ashraf...haziq...alif..taufik dan yang duduk fikri

Antara rakan guru yang hadir

Nampak tak hamper...hamper pn guru besar yang beri...terima kasih puan

Ha ini lah anak murid kesayangan cikgu murid kelas 6 Cempaka 2012 

Terima kasih semua..nanti selepas periksa upsr kita adakan lagi jamuan untuk mereka yang lahir pad Jun hingga Disember...



Wednesday 16 May 2012

16 Mei Datang Lagi

Salam semua...hari ini entry cikgu 16 Mei Datang Lagi...cikgu pilih tajuk itu kerana 16 Mei memang hari dinantikan oleh setiap insan bergelar guru...termasuk lah cikgu...


ha..cuba kita senarai nama guru bermula sekolah tadika hingga tamat sekolah...ha boleh ke ingat..tambah2 kalau dah berusia ..klau cikgu...antara guru yang pernah mengajar cikgu dari zaman tadika antara cikgu ....tak ingat la cikgu ..cikgu tadika cikgu....,masa darjah satu cikgu Norasmi namanya..orgnya kurus tinggi dan baik orgnya..darjah dua cikgu Baiyah..dah arwah cikgu ni alfatehah...tahun tiga cikgu Aishah...org baik sampai sekarang kalau balik kampung pergi kenduri kendara masih lagi boleh bersembang...mcm pujian diberi kalau jumpa...tahun empat cikgu Rohnah..cikgu ni dah lama cikgu tak jumpa..tahun lima cikgu Senin..cikgu ni mengajar cikgu bi dan cikgu pernah bekerja satu sekolah bersama masa cikgu mula posting mengajar di SK Beranang...tahun 6 pulak cikgu Jalil...orang berkumis dan baik hati..cikgu ini mengajar semua adik beradik cikgu...

Kalau sekolah menengah plak yang masih  cikgu ingat cikgu normah...cikgu ni memang best...beliau mengajar cikgu sejarah..sejarah cikgu A ..bangga2..lagi cikgu asnaniar..sekarang jadi gb di bangi...cikgu samad...cikgu solihin..dan cikgu mastura mengajar cikgu semasa berada di tingkatan enam dan ramai lagi....kalau nak diceritakan panjang...hihihi..

Jadi buat cikgu semua terutama yang pernah mengajar cikgu dari zaman tadika...di Tadika Kg Daching Tahun 1979..cikgu SK Kg Daching ( Tahun 1980-1985 )...cikgu SMK Khir Johari Beranang ( Tahun 1986 - 1990 )...cikgu SM Tinggi Kajang ( tahun 1991 - 1992 ).. pensyarah2 Maktab Perguruan Pasir Panjang  ( Tahun 1994 - 1997 ) dan pensyarah UKM ( Tahun 2007 - 2011 )..selamat hari guru semua..jasa cikgu semua amat bernilai bagi saya...

Begitu juga buat rakan2 yang bergelar guru terutama di SK Taman Pantai Sepang Putra ..selamat hari guru...


Monday 14 May 2012

Ariani Buat Lagi

Salam semua....Sempena istimewanya hari esok iaitu hari apa lagi hari guru...Butik tudung Ariani membuat potongan harga. Tudung dijual dengan separuh harga. Jualan untuk separuh harga akan diadakan esok. Oleh itu, bagi kawan-kawan cikgu.... cikgu juga hihihi....yang menjadi peminat tudung ariani boleh lah berkunjung ke butik-butik tudung ariani yang berhampiran dengan tempat tinggal. Kalau cikgu... mana lagi mesti la butik bangi...tapi cikgu tak pergi...banyak kerja yang boleh disettelkan...cikgu tengok dari jauh jer la...hahaha...jom kawan-kawan cikgu...cikgu liza...cikgu hani...cikgu zura...teacher rohaina... dan yang lain-lain....apa lagi rembat banyak2 ye...




Sunday 13 May 2012

SeLAmAt HAri IbU

Salam...hari  ini 13 mei...cikgu rasa semua tahu hari hari apa....walau apa pun cikgu nak ucapkan Selamat hari ibu buat semua yang dipanggil ibu, emak, umi, mama, mum dan lagi gelaran lain...terutama buat kakak2 kesayangan, rakan2 tersayang dan semua ibu di muka bumi ini....sebenar bukan hari ini sahaja kita menghargai jasa ibu kita..malah tiap-tiap hari... sayangi lah ibu kita..berbaktilah kita kepada ibu kita selagi dia masih ada...





Buat arwah emak Hajah Junah bt Jali ...al fatihah....i miss u always...


 nilah..wajah2 insan yang sentiasa di hati cikgu ...alfatihah 

Selamat hari ibu ....semoga kita semua akan tabah mendidik anak-anak kita di dunia yang penuh pancaroba ini



Saturday 5 May 2012

Warna Oren Warna Tema Hari Guru Tahun ni

Sebut jer warna oren ... cikgu suka...warna kesukaan cikgu...hihihi...kalau semua nak tahu warna tema hari guru tahun ni warna oren...dalam kepala tengah fikir nak pakai baju apa...tapi cikgu tak kisah kerana baju-baju cikgu banyak warna oren...pilih jer mana satu nak...bagi cikgu takkan nak pakai baju lama....macam nak beli baju baru jer...baru ada feel nak sambut hari guru tahun ni...tak kira la jubah ke...kurung moden ke...baju kurung jer...kalau tak jumpa yang berkenan cikgu pakai jer la baju lama...hahaha...

Jom cari baju warna oren...

 berani ke pakai yang ni... 

boleh tahan jugak...

yang ni sweet warnanya..

yang ni cantik jugak..

Cikgu ...mana yang berkenan.. pilih ajer.... cikgu dapat bayangkan semasa sambutan hari guru nanti ..mesti meriah dengan warna yang terang ni...cantik...yang penting tudung hanya boleh warna oren dan krim sahaja...jom rembat plak tudung oren...


THANKS FOR STOPPING BY ...