Tuesday 13 December 2011

BerKunJunG Ke VieTNam

Cuti sekolah kali ini  cikgu berpeluang berkunjung ke negara Vietnam...sebuah negara yang yang pernah dijajah oleh kuasa asing...cikgu pergi selama 5 hari...selalu dengar citer kawan2 sajer tentang vietnam ni...pada kali ini cikgu sendiri berpeluang  ke negara tersebut..cikgu pergi bersama2 dengan kawan2 cikgu seramai 21 orang..seronok jugak..tapi sepatut lawatan ke negara Vietnam turut diserta oleh arwah gb cikgu..tapi apakan daya kita hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan segala2nya...arwah pergi seminggu sebelum berangkat ke vietnam...

Hari pertama sampai di Vietnam rombangan kami disambut oleh pemandu pelancong yang bernama Ann..orgnya peramah...Kemudian kami dibawa ke restoran makanan muslim ...boleh tahan harga makanan lebih kurang RM33 seorang..klau kat malaysia..dengan harga tu boleh makan seramai 3 orang..apakan daya 
bayar ajer la..
Selepas makan barulah kami dihantar ke hotel penginapan kami...
Di depan hotel Huang V bersama dengan pemandu pelancong kami Ann

Jalan raya dipenuhi dengan motosikal berbanding kereta


Topi keledar dijual di merata-rata tempat 

Mula2 sampai di bandar Ho Chi Minh ...terkejut kerana jalan rayanya dipenuhi dengan motor..kalau kat malaysia jalan jem sebab kereta tetapi kalau di bandar ini sesak sebab motosikal..kira 9 juta rakyatnya menggunakan motor sebagai kenderaan utama....kalau kita tengok macam perarakan semasa sambutan maulidur rasul di Malaysia...namun begitu jarang berlaku kemalangan...kalau terlanggar sikit tak ada nak marah2..maki hamun ke..semua nampak cool ajer...semua bagi laluan ke pengguna jalan raya yang lain...
Hari kedua cikgu berpeluang melawat ke tempat menarik sekitar bandar Ho Chi Minh..seperti bangunan Pos Office..tempat ini merupakan satu banguan lama yang dijadikan post office dan menjadi tempat popular untuk bergambar... jadi tidak hairan ramai bergambar di sini dan dijadikan pusat pelancongan.

Di Pos Office
Kemudian cikgu pergi ke Muzium Perang...di dalamnya dapat kita lihat kesan peperangan yang berlaku ke atas rakyatnya dan negaranya...Di dalam muzium ini banyak terdapat benda-benda peninggalan perang seperti peawat, senjata dan berbagai alat penyeksaan..Terdapat juga gambar-gambar yang menggambarkan susana perang...macam2 boleh kita lihat...
 Di dalam Muzium perang...
Kapal perang yang digunakan semasa perang Vietnam

Hari seterusnya kami dibawa ke Cu Chi Tunnel...terowong bawah tanah yang digunakan oleh rakyat dan tentera Vietnam semasa peperangan sebagai tempat perlindungan..

Orang kurus boleh la masuk terowong...orang besar ermmm faham2 ajer la..

Di Vietnam juga cikgu berkesempatan pergi ke Sungai Mekong...di tempat ini cikgu berpeluang melawat tempat membuat gula2 menggunakan kelapa, tempat ternakan madu lebah, menikmati juadah buah-buahan sambil dihiburkan oleh pemuzik ..akhir sekali di sini cikgu berpeluang menaiki sampan di dayung oleh pendayung...pendayung ada yang muda dan ada yang tua..kalau dah tua tu kesian cikgu tengok...tapi cikgu kagum dengan mereka yang sanggup melakukan apa saja sahaja untuk dijadikan sumber rezeki...
 Sebelum menaiki perahu mengyusuri Sg Mekong
 Tempat ternakan lebah

 Merasai menaiki perahu yang didayung oleh rakyat tempatan

Menikmati madu lebah

Selain berpeluang berkunjung ke tempat menarik di Vietnam , cikgu juga berpeluang membeli belah di  Ben Thanh Market...dekat ajer dengan hotel penginapan cikgu..lebih kurang 5 minit perjalanan..di pasar ni terdapat berbagai jenis jualan termasuk baju, bunga, kasut, sayur dan lain-lain lagi...biasanya kalau pergi ke pasar ini rakyat malaysia biasa membeli baju kain pasang, baju kurung siap, t shirt, cenderahati yang boleh didapati dengan harga yang amat berpatutan sekali...mata wang Dong dan Dollar..kena pandai kira2 kalau tak rugi..

Selain di pasar ini, pengunjung boleh berkunjung ke pasar malam untuk membeli belah yang terletak bersebelahan dengan Ben Thanh Market...namun kita mesti pandai tawar menawar agar harga murah diperoleh...
Di samping itu, cikgu berpeluang berkunjung ke pasar China Town..dekat sini juga harga barang-barangnya lebih murah berbanding Ben Thanh Market...juga mesti padai tawar menawar...
Kedai jual beg..cantik2
Pasar China Town kalau dekat sini  sutera vietnam dan kain pasang murah 

Kalau sebut pasal makan plak..memang susah sikit...maklumlah negara yang majoriti penduduknya bukan beragama islam..jadi sudah tentu susah nak dapat makanan halal..tetapi cikgu beruntung kerana pakej yang group cikgu ambil siap dengan makan dan minum..so xde la susah..antara restoran muslim yang cikgu kunjungi semasa di sana ialah Restoran Satay House yang ni makannannya memang sedap.. Restoran Shamsudin, Restoran Sri Pinang, Restoran UV Halal ( berhampiran dgn pasar Ben Thanh ) dan Restoran Bon Mua ..
Akhir sekali percutian kali ini memang seronok..terima kasih kepada suami dan afiq yang memberi kebenaran untuk cikgu pergi berkunjung ke Vietnam kalau ada rezeki kita pergi bersama2..kepada Milah yang banyak membantu dari mula sampai akhir..terima kasih daun  keladi..nanti kita pergi tempat lain pula lagi..hihihi...

Monday 12 December 2011

SeLAmAt MeneMPuH AlaM DewaSA




Apabila cuti mesti tak lari dengan aktiviti majlis kahwin dan majlis berkatan atau bersunat...begitu la juga dengan cikgu..kelmarin cikgu pergi ke melaka untuk mengunjungi anak saudara cikgu yang bersunat pada hari tersebut...tengok adik ijat rileks ajer..tak de perasaan takut pun..malah beriya-iya nak bersunat..
Kalau dulu2 seingat cikgu..daripada cerita yang disampaikan oleh abang cikgu...orang dulu bersunat kat rumah jer...xde hospital2 ni...yang tukang sunat dipanggil tok mudim...dulu2 sebut ajer tok mudim kanak2 lelaki pasti takut..cabut lari...abang cikgu cakap dulu tok mudim guna pisau cukur...dan gunakan batang pisang...betul atau tidak cikgu tak tahu..hihihi...sebelum tu mandi atau berendam dalam tempayan..

Tapi sekarang tak payah berendam dalam tempayan..panggil bomba ajer...berkhatan pun kat klinik dan dibius dahulu agar tak rasa sakit...sekejap dah baik...lebih kurang seminggu dah boleh pakai seluar...
 Adik ijat berendam dalam besen...tp besan tu macam tak muat jer dengan adik ijat..

Pak long mandikan adik ijat

Selepas dikhatankan...adik hati2
Dibantu oleh ambo bidur

Selamat menempuh alam dewasa diucapkan pada adik Ijat kerana kelmarin adik Ijat telah selamat dikatankan...respek dengan adik ijat kerana sedikitpun  tidak merasa takut dan gentar...masuk jumpa doktor pun sorang2..sepatutnya suami cikgu menemani adik ijat tapi suami cikgu jumpa doktor pula sebab demam so adik ijat masuk sorang2... cayalah adik ijat..keluar dari bilik dr pun tersenyum-senyum macam xde rasa sakit..tapi sampai saje rumah...tau2 ajer lah menangis kesakitan...agaknya ubat bius dah abis mula lah rasa sakit dan pedih...

THANKS FOR STOPPING BY ...