Saturday 8 October 2011

nyum...nyum...sedapnya...nak kongsi resepi boleh????

Kalau sebelum2 ni hari Ahad sibuk dengan kuliah...tapi semenjak habis study ni banyak masa dihabiskan di rumah. Banyak aktiviti yang boleh dibuat pada hari Ahad terutama masak untuk suami cikgu dan anak cikgu afiq yang memang berselera apa sahaja yang dihidangkan...

Untuk menu tengah hari ni...cikgu aton telah memasak ikan kerapu masak sweet sour dan sayur kailan ikan masin. ..kalau nak cuba resepi ala cikgu aton boleh la mencuba...kata anak cikgu afiq..sedap la ibu masak...nyum..nyum..sedap!!!!

Meh la tengok resepi cikgu aton...nak cuba pun boleh...

Ikan Kerapu Masak Sweet Sour

Bahan-bahannya
1 ekor ikan kerapu sederhahana besar ( ikan siakap pun boleh)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
3 sudu cili kering yang dah siap blender
1 batang serai
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit bunga kobis
sedikit karet
sedikit nenas
1 cawan air
secubit garam
sedikit daun sup dan bawang goreng

Cara memasak
1. Goreng ikan kerapu..sebelum tu gaul ikan dengan kunyit dan garam.
2. Bawang putih, bawang merah dan halia  ditumbuk hingga lumat.
3. Tumis bahan2 yang dtumbuk hingga naik bau.
4. Masukkan cili kering...lepas tu boleh masukkan sos cili dan sos tiram...kemudian masukkan 1 cawan air...  ikut banyak mana nak kuahnya. Kalau nak pekatkan kuahnya masukkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dengan sedikit air.
5. Apabila mendidih masukkan garam, bunga kobis, karet, dan nenas. Masak hingga tiga suku masak.
6. Kemudian boleh curahkan atas ikan yang telah diletakkan di atas pinggan..taburkan daun sup dan bawang   goreng.
7. Sedia untuk dihidangkan dan boleh makan bersama keluarga...nyum..nyum...

Inilah ikan kerapu sweet sour ala cikgu aton...


Kailan Ikan Masin
1 ikat sayur kailan
3 keping ikan tenggiri masin
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
sedikit garam
sedikit sos tiram
6 batang cili api ( diketuk ajer ) klau nak pedas boleh tambah lagi

Cara memasaknya
1. Basuh sayur kailan hingga bersih dan potong ikut suka.
2. Bawang besar dihiris dan bawang putih diketuk atau ditumbuk.
3. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
4. Kemudian masukkan ikan tenggiri masin. Selepas itu masukkan secawan air.
5. Biarkan mendidih dan masukkan pula cili api yang diketuk tadi.
6. Masukkan sedikit garam ..xpayah banyak sebab ikan masin dah masin...dan sedikit sos tiram.
7. Masukkan pula sayur kailan dan angkat apabila sudah masak...jangan lama sangat nanti sayur jadi lembik.
8. Akhir sekali hidangkan dan taburkan bawang goreng di atasnya.

Inilah rupa sayur kailan ikan masin yang cikgu aton masak tengah hari tadi... sedap...masak sendiri lagi jimat tak perlu makan kat kedai...

Kedua-dua masakan ini sedap dimakan apabila masih panas2 lagi dan dimakan dengan nasi panas.
Mudah jerkan masaknya...cubalah pasti semua suka....selamat mencuba


p/s anak2 murid cikgu boleh cuba..pasti emak kamu suka....dah pandai anak emak masak...

Friday 7 October 2011

ImPiAn TerLakSaNa


Salam semua....
Sudah lama tidak menjenguk blog cikgu aton ni...tidak sibuk mana pun..tapi boleh dikatakan sibuk dengan membantu anak-anak murid tahun 6 untuk menhadapi peperiksaan UPSR..alhamdulillah semua dapat menjawab dengan tenang dan baik...cikgu doakan semoga semua akan mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat membanggakan kedua ibu bapa tersayang dan keluarga yang tercinta....amin..

Apabila sebut tentang kejayaan ..cikgu nak kongsi satu cerita dan kenangan yang tak mungkin dapat cikgu lupakan bersama dengan tetamu cikgu yang sudi berkunjung ke blog cikgu aton ni...

Baru-baru ni tanggal 25 September 2011 cikgu telah pun berjaya menggenggam segulung ijazah yang cikgu rasakan bagaikan mimpi untuk menggapainya...almaklumlah cikgu ni pun dah bekerja dan ada keluarga yang hendak dijaga...tapi alhamdullih syukur kepada yang maha esa cikgu dapat mengharungi kehidupan sebagai seorang pelajar yang biasanya digelar sebagai mahasitua..sebagai isteri kepada cik abang tersayang , ibu kepada afiiq..dan pekerja yang setia kepada majikannya...bagai mimpi...tapi itulah realitinya di mana ada kemahuan di situ ada jalannya yang terbentang indah untuk dikecapi....alhamdulillah...



Suka duka menjadi seorang pelajar tua ....tidak lah tua sangat pun..hihihihi.. banyak dugaannya..belum lagi dengan assigment yang bertimbun perlu disiapkan dan dihantar kepada pensyarah tepat pada waktunya....apabila masa exam pula tidur dua tiga jam telah lali...alah bisa tegal biasa....kalau tidak baca nota tak boleh pulak nak jawab soalan...tapi tuhan itu maha kaya...cikgu dapat menjawab soalan dengan baik dan keputusannya setiap akhir semester boleh la dibangga...alhamdulilah...


Namun begitu..kejayaan yang cikgu kecapi pada hari ini tidak dapat cikgu kongsi dengan arwah emak dan arwah ayah tersayang cikgu...kerana kedua-dua orang yang cikgu kasihi dan sentiasa dalam ingatan cikgu pergi menyambut seruan ilahi semasa cikgu masih bergelar mahasitua...arwah ayah semasa cikgu semester 1 dan arwah emak semasa cikgu semester ke7...namun cikgu pasti jika kedua mereka ini masih ada tentu mereka pasti gembira...emak dan ayah ....anak emak dan ayah dah berjaya menggenggam segulung ijazah.....uwaaaaaaaa.....

OLeh itu...semua anak murid cikgu yang dikasihi....ingatlah bahawa menuntut ilmu tidak ada noktahnya...selagi kita bernyawa selagi itu kita boleh menuntut ilmu..bak kata pepatah...tuntut lah ilmu hingga ke negeri cina...Jangan malas-malas belajar ye...

Okey jom..layan gambar cikgu aton semasa hari konvokesyen UKM ke 39 2011...jom layan...








THANKS FOR STOPPING BY ...