Tuesday 24 May 2011

Minggu Peperiksaan




Teddy Gram Note Generator






ILMU DAN HARTA
Ilmu itu lebih baik daripada harta. Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta. Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum. Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan. -Saidina Ali bin Abi Talib

Terima Kasih Anak-anak Didik 6 Cempaka




Sesuatu yang telah berlaku akan pasti jadi memori..Terpulanglah pada kita untuk mengingatinya ..atau melupakan memori itu seiring dengan putaran masa yang berlalu...Bagiku..setiap apa yang berlaku akan sentiasa segar di hati...

SambutaN HaRI LahiR Yang DiBuAt OleH murId-Murid 6 CEmPaKA - TerIma Kasih Semua, CikGu SayaNg Kamu
20 MEI 2011



Thursday 5 May 2011

Selamat Hari Ibu...

Mothers Day images
Mothers Day Graphics - Tumblr Backgrounds


Selamat Hari Ibu buat semua wanita yang bergelar ibu, mama, umi, emak...terutama buat kakak-kakakku tersayang, kawan-kawan yang mengenali diri ini..dan juga kepada yang bakal menjadi ibu...
SElaMaT HaRi IbU...
Semoga kita semua menjadi seorang ibu yang baik dan sabar sentiasa melayan karenah anak-anak di dunia yang penuh cabaran ini..AmIN..


Sekadar ReNunGaN sahaja...


Orang kata aku lahir dari perut mak....
(bukan orang kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku....mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....mak

Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang....mak

Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak

Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak

Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan....mak
Bila sedih, aku mesti telefon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu....mak

Bila bengang, aku suka luah pada....mak
Bila takut, aku selalu panggil...."mmaaakkkk!"
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau....mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni....mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak

Kalau balik ke kampung,
Yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....mak
Yang selalu berleter kat aku....mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Itu lah wanita yang kupanggil emak..
sampai hari ini
masih terasa hangat pelukkannya..
masih terbayang senyumannya..
masih teringat gurauannya..
masih terdengar gelak tawanya..
masih terasa kesedapan masakannya..
semua sudah jadi kenangan
semuanya masih kekal abadi dalam memori indah diriku..

emak...
apabila rindu datang bertandang hanya Al Fatehah disedekahkan..
baju-baju jadi peneman
gambar jadi tatapan

emak..
moga arwah emak aman di situ
tempat yang kekal abadi


AL FATEHAH BUAT ARWAH BONDA TERCINTA ALLAHYARHAMAH JUNAH BT JALI
semoga arwah bonda di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..AMIN.

Wednesday 4 May 2011

Jalan-jalan Ke Cherating & Bukit Gambang, Kuantan

Tuesday 3 May 2011

Cicak Oh Cicak

ARab panggil wazgah, omputih kate lizard...
Hukum makannya: Tentulah haram...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:


1. Ummu Syarik telah berbincang dgn Nabi berkenaan dgn membunuh cicak ni..NAbi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)
2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dlm ka'bah.(HR Tobrani)

Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yg jahat). Baginda bersabda pd menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bg api tu besar kpd Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan MUslim).

2. Pahala yg banyak bg yg membunuh cicak. Nabi s.a.w brsabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yg membunuhnya dgn sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yg mebunhnya pd pukulan yg ke2 dia mendapat kurang cikit (70phala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dr yg lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kpd banyaknya pahala pd pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim)

Catatan Perjalanan ke Cherating dan Bukit Gambang, Kuantan

 30 April 2011
11.00 pagi
Bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi untuk pergi bercuti ke Cherating, Pahang Darul Makmur. Selepas itu, singgah di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh. Namun begitu, kami tidak dapat berhenti rehat di situ kerana ramai pengguna jalan raya yang berhenti rehat di situ. Perjalanan diteruskan dan kami sekeluarga bersama-sama dengan kawan-kawan lain berhenti di hentian yang seterusnya untuk berehat dan bersolat. Kami memjamu bekalan makanan yang dibawa dari rumah.Kemudian, kami meneruskan perjalanan lagi. Selepas dua jam perjalanan kami pun sampai di hotel penginapan. Kami mendaftar masuk hotel. Hotel yang kami menginap ini sungguh besar dan cantik serta dilengkapi dengan kolam renang.

8.00 malam
Berkumpul di lobi hotel untuk makan malam. Kami dan rakan-rakan lain pergi ke kedai makan untuk jamuan makan malam. Ketua rombongan telah memesan makanan terlebih dahulu agar kami tidak menunggu terlalu lama. Selepas makan, kami pergi bersiar-siar ke Cherating. Kami membeli sedikit cenderahati untuk dibawa pulang.

01 Mei 2011
Selepas bersarapan kami bersiap-siap untuk pergi ke Bukit Gambang Resort. Tempat ini merupakan taman tema air yang baru dibuka pada tahun lepas. Semasa kami sampai sudah ramai dengan pengunjung kerana  hari ini merupakan cuti umum,iaitu cuti  Hari Pekerja. Sebaik sampai kami terus mencari tempat duduk untuk meletakkan barang-barang yang kami bawa. Kemudian kami mandi dan bermain dengan permainan yang ada. Selepas puas bermain dan mandi,iaitu kira-kira pukul 5.00 petang kami pun bersiap untuk pulang ke rumah. Sebelum meneruskan perjalanan pulang kami singgah pula di rumah salah seorang rakan kami. Kami dijamu dengan hidangan makan malam. Selepas itu barulah kami meneruskan perjalanan untuk pulang ke rumah. Pukul 3.00 pagi kami pagi kami pun sampai di rumah. Kami sungguh berasa seronok dan ingin berkunjung lagi ke situ.


 Dalam kereta                                   Hotel penginapan



  
Taman Tema Air Bukit Gambang            Antara permainan yang disediakan

P/S: Ini contoh karangan catatan tapi jangan masukkan gambar semasa menulis karangan jenis ini ye..saja cikgu masukkan gambar, lepas ini bolehlah kamu pergi bersama keluarga...seronokkkk

Monday 2 May 2011

Cuba buat latihan di bawah ini..


1. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi dalam gambar di bawah.


2. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah.
3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang  gambar di bawah.
 

Selamat mencuba. Jawapan yang anda buat boleh emeilkan kepada cikgu.

THANKS FOR STOPPING BY ...